Projek SALVO
Raifal M16A2E3 dengan menggunakan pejera teleskopik, bipod, landasan Picatinny dan pelenyap bunyi yang menjadikannya selaras senjata penembak tepat yang paling ringan berbanding raifal penembak hendap yang lain.Pada tahun 1948, tentera darat Amerika Syarikat telah menubuhkan Operations Research Office atau Badan Kajian Operasi. Salah satu kajian pertama mereka ialah menganalisis lebih dari tiga juta laporan medan Perang Dunia Kedua. Hasil siasatan yang mereka perolehi adalah bahawa sebahagian besar pertempuran terjadi pada jarak dekat. Ketika perang pada mobiliti yang tinggi, anggota-anggota tempur seringkali dengan menemui musuh secara tiba-tiba, dan pihak yang memiliki kemampuan menembak yang paling banyak adalah antara yang berjaya. Mereka juga menemui satu kemungkinan tertembak pada pertempuran yang membidik secara tidak tepat, kerana sasaran tidak kena pada kedudukannya. Selain itu, peluru yang berkaliber besar yang digunakan pada submesingan atau mesingan ringan pada ketika itu tidak sesuai kerena terlalu besar dan berat, yang memerlukan peluru berkaliber yang lebih kecil tetapi berkuasa tinggi.
Kajian ini dibuat oleh Kolonel René Studler, Ketua Pengkajian dan Pembangunan Senjata Ringan Tentera Amerika. Kolonel Studler telah mengemukakan permohonan kepada Aberdeen Proving Ground untuk membuat laporan berkaitan peluru yang berkaliber lebih kecil. Satu pasukan yang diketuai oleh Donald Hall, pengarah pembangunan di Aberdeen, mengemukakan laporan bahawa peluru berukuran 0.22 inci (5.59 mm) mempunyai kesan yang seakan sama dengan peluru berkaliber besar didalam pertempuran. Anggotanya, iaitu William C. Davis Jr. dan G.A. Gustafson mula mencipta peluru 0.224 inci (5.69 mm) sebagai percubaan utama mereka. Tetapi pada tahun 1955, permintaan mereka ditolak.
Satu kajian terbaru, iaitu Projek SALVO dibuat bagi merancang untuk mencipta senjata yang sesuai digunakan pada pertempuran sebenar. Projek SALVO dijalankan pada tahun 1953 hingga 1957 dengan melalui dua fasa. SALVO Fasa Pertama mengesahkan bahawa selaras senjata yang boleh menembak empat peluru ke sasaran sejauh 0.5 meter mampu melipatgandakan kuasa berkemungkinan boleh mengenai tepat pada senjata separa automatik.
Projek SALVO Fasa Kedua, dijalankan dengan melakukan ujian terhadap konsep senjata. Irwin Barr dari AAI Corporation telah memperkenalkan siri senjata dengan peluru yang menyerupai duri tajam atau damak, bermula daripada peluru senapang patah berisi 32 batang damak, hingga kepada senjata "damak". Winchester dan Springfield memperkenalkan senjata dengan sistem multi-barrels, dan ORO memperkenalkan peluru .308 Winchester atau .30-06, yang berisi dua butir peluru berkaliber .22, .25 atau .27.
Tuesday, October 13, 2009
Posted by fizie at 5:50 AM 0 comments
Monday, July 20, 2009
KIsah hidup saya
Pada 17 Mei 1990 saya dilahirkan di Hospital Besar Melaka dan saya menetap bersama keluarga di Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. saya anak kedua daripada tujuh adik beradik. Ayah dan ibu saya berasal daripada Melaka. Bermula saya bersekolah di Sekolah Rendah Ramuan China Besar dan melanjutkan pembelajaran di sekolah menengah lubuk china. selepas mendapat keputusan SPM saya melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di KUIM iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka. Saya mengambil kos diploma kaunseling. Saya jenis yang suka bergaya dan gentle man. Saya jenis yang peramah dan bertanggungjawab terhadap apa yang saya lakukan. CIri-ciri perempuan idaman saya adalah comel dan peramah tidak lupa juga seorang yang solehah dan mengambil berat tentang saya.
Posted by fizie at 10:36 AM 0 comments